KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) -- Suggestions by some
quarters that Bernama had "doctored" a picture taken at the 2012
Aidilfitri open house of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya
are utterly absurd, says its Editor-in-Chief, Datuk Yong Soo Heong.
"Time is of the essence for a professional and
responsible news organisation like Bernama and we do not have the time to indulge in
irrational endeavours," he said, adding that the photo unit of the national news
agency had just been equipped with modern and state-of-the-art cameras and lenses
this year.
Yong said the original of the picture in question, which
showed a large and enthusiastic crowd at the prime minister's open house, can
be viewed by anyone at Bernama's headquarters here.
He said mammoth crowds at the prime minister's Aidilfitri
open house had been the norm since Tun Dr Mahathir Mohamad was the prime
minister three decades ago, starting with the old Seri Perdana in Damansara and
the current Seri Perdana in Putrajaya.
On Sept 1, an opposition senator had issued a statement
claiming that the picture which had appeared in a number of newspapers had
been "doctored" by an amateur graphic artist and that open house pictures should have depicted the young, old and the disabled in wheelchairs.
Yong said the photographer, Harry Salzman Abu Bakar, who had
taken pictures of United Nations Secretary-General Ban Ki-Moon, British
Prime Minister David Cameron and US Secretary of State Hilary Clinton in the past
without any problems, had used his creativity to depict the large crowd of
well-wishers, especially the young, who had come to the open house to meet
the prime minister.
Other than that picture, which showed the enthusiastic
crowd, Harry Salzman had also taken other pictures of the function, including
some showing the prime minister waving to those present.
"One cannot deny that Datuk Seri Najib is a
crowd-puller, not just at his own Aidilfitri open house but at other public events as
well, because pictures and video footages from other news organisations can also
testify to that," Yong said. – BERNAMA
The professional photographer who ‘shot’ the picture has also spoken …
PUTRAJAYA, 6 Sept (Bernama) -- Jurufoto yang mengambil
gambar suasana meriah rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri Okt lepas yang dipertikai oleh seorang
senator dari parti pembangkang sebagai gambar yang diubahsuai baru-baru ini,
hari ini menyuarakan rasa kesal dengan dakwaan itu.
"Itu (ubahsuai gambar) bukan budaya kerja saya, malah
saya berani kata bukan budaya kerja mana-mana petugas Bernama.
Dakwaan itu boleh dianggap sebagai satu tohmahan, satu penghinaan," kata Harry Salzman Abu Bakar, jurufoto Bernama yang dikerah bertugas pada hari berkenaan, semasa orang ramai masih berada dalam mood cuti meraikan sambutan Hari Raya.
Dakwaan itu boleh dianggap sebagai satu tohmahan, satu penghinaan," kata Harry Salzman Abu Bakar, jurufoto Bernama yang dikerah bertugas pada hari berkenaan, semasa orang ramai masih berada dalam mood cuti meraikan sambutan Hari Raya.
Beliau senada dengan kenyataan Ketua Pengarang Bernama Datuk
Yong Soo Heong semalam, bahawa faktor masa adalah sesuatu yang terlalu berharga
bagi petugas media, dan mereka tidak ada masa untuk membuat sesuatu yang tidak
rasional.
"Saya ada banyak lagi kerja lain, banyak lagi tugasan
yang perlu dibereskan, banyak lagi gambar yang perlu diambil di Putrajaya. Kami
profesional yang merakam apa yang tertera sahaja, untuk menyampaikan dan
berkongsi kemeriahan dengan semua, bukan untuk kepentingan mana-mana
individu," katanya.
Beliau mengesahkan bahawa gambar yang disiarkan akhbar itu,
sememangnya dirakam beliau sendiri tanpa ditokok tambah oleh beliau atau
Bernama, kerana ia adalah soal integriti dan kredibiliti yang tidak boleh
dikompromi.
Awal September lepas seorang senator pembangkang
mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu
diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya
menunjukkan
anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang
berkerusi roda.
Sementara itu, jurufoto NSTP, Ahmad Irham Mohd Noor, yang
turut bertugas membuat liputan sambutan Aidilfitri itu yang mengambil
gambar dari sudut yang sama turut menyuarakan rasa kesal dengan dakwaan senator
itu.
Katanya ketika itu hanya beliau dan Harry Salzman mengekori
Perdana Menteri yang baru tiba di majlis berkenaan, dan mereka berdua sahaja
yang menempatkan diri di atas pentas bersama Najib bagi mendapatkan sudut yang
terbaik.
"Sudut itu dipilih bagi mendapatkan gambaran yang lebih
menyeluruh di majlis itu, kerana ia (gambaran menyeluruh) hanya dapat dilakukan
sekiranya ia dirakam dari tempat yang tinggi," katanya.
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi sesiapa mempersoal
integriti dan etika jurufoto kerana mereka menjalankan tugas secara jujur dan
ikhlas, dengan hasrat menyampaikan apa yang sebenarnya tersurat, kerana
"satu gambar sebenarnya menceritakan segalanya".
Sementara itu Pengurus Kanan Nikon Profesional Services
Malaysia Mahfooz NR berkata dua jurugambar itu mengambil tindakan yang tepat
apabila mengambil gambar dari sudut tinggi, bagi mendapatkan gambaran
menyeluruh suasana.
"Bagi gambaran menyeluruh dalam satu suasana seperti
banjir atau bencana alam, gambar yang terbaik diambil dari sudut tinggi dari
subjek, seperti dari helikopter, bangunan tinggi atau pentas, untuk mendapatkan
apa yang dinamakan 'bird eye view'," kata pakar fotografi itu.
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk S.K. Devamany turut
menghubungi Bernama hari ini bagi mengesahkan kesahihan gambar itu, di
samping menganggap dakwaan senator berkenaan sebagai sesuatu yang 'tidak
betul'.
"Saya ada semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri pada
hari itu. Walaupun dia pembangkang, jangan pergi sehingga ke tahap ini, tak
elok, tak betul. Kita berhadapan dengan parti lawan, bawalah sesuatu yang membina,
jangan sampai meruntuhkan," katanya.
Katanya beliau berpendapat oleh kerana pilihan raya semakin
hampir, pembangkang sanggup mempolitikkan apa sahaja untuk mewujudkan satu
persepsi semata-mata bagi membawa sokongan kepada mereka.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
berkata tindakan senator itu jelas kelihatan cuba memperkecil semangat patriotic
orang ramai yang berhimpun beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan pada hari berkenaan.
-- BERNAMA
p/s Don't wonder IF the senile senator is from Pakatan. Such stupidity doesn't ooze out from anywhere else but ... the circus.
The brain-less..oops hairless DAP senator with Pas' supreme leader Tok Guru Nik Aziz . |
No comments:
Post a Comment
STICK TO THE TOPIC