Wednesday, 4 April 2012

Not just Bersih la!




BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Latarbelakang 

Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983. 



Rasional

Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya. Di atas hakikat ini kesedaran haruslah ditanamkan di jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping mempunyai sikap bersih dan beramanah. 


Perasaan dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi keperluan diri sendiri iaitu untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah dikikis tetapi sebaliknya semangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua. 
Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu framework yang diharapkan dapat mencapai tujuan tersebut.


Objektif

Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:-
Bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja.
Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan. 


Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah seperti berikut:-


1. Bersih iaitu a Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
a. Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah.b. Tidak mementingkan diri sendiri.c. Tidak khianat, hasad dan dengki.



2. Cekap iaitu a Berani dan cepat membuat keputusan.
a. Menghadapi krisis dengan tenangb. Bersikap tegas kepada prinsip.c. Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.d. Mempunyai keyakinan diri.e. Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.f. Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.



3. Amanah iaitu a Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan. 
a. Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi Strategi PelaksanaanDalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di antaranya ialah:-
(i) Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)Kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awamnya berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan Kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan ujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Kerana ketidakpastian ini pegawai-pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa merujukkan kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan, siapa yang bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa, pihak yang harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil.
Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dan diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan.
(ii) Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC)


Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata. Di dalam mesyuarat-mesyuarat dan KMK ini idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap 'innovative dan creative'.
(iii) Pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat
Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpa mereka terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan.
(iv) Pejabat Pelan TerbukaBagi mempastikan ruang pejabat digunakan secara optima, dan membolehkan pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna.
(v) Kad perakam waktuIni bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual.
(vi) Pengisytiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan Kerajaan.


(vii) Pemakaian 'name tag' oleh kakitangan Kerajaan.
(viii) Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah.
(ix) Perkhidmatan Cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang didikasi dan telah memberikan sumbangan yang istimewa. Di dalamnya terkandung tujuh Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitangan awam.
(x) Penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan produktif apabila balik nanti.


Penutup

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi.
Dengan itu konsep ini tidak boleh dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara.


Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-kehendak moral yang murni dan terpuji. 


copied from HERE


Niat murni ini mungkin belum tercapai secara keseluruhan-nya namun 'Bersih, Cekap dan Amanah' telah menjadi halatuju atau doktrin Kerajaan Malaysia sejak sebelum 1982 lagi. 


Telah genap 30 tahun sejak niat ini dizahirkan secara rasmi dan cuba diterapkan menerusi pelbagai pendekatan dan latihan. 


Tahap pencapaian "Bersih, Cekap dan Amanah boleh dipersoal serta dibahas namun yang harus juga diambil perhatian ialah tindakan proaktif Kerajaan Malaysia untuk menyemai nilai-nilai ini untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berjaya. 


Ini adalah contoh rancangan jangka panjang Kerajaan Malaysia untuk mengimbangi pembangunan, dari segenap bahagian serta tahap. 


Dan, tindakan ini bukan di-ambil kerana pada tahun 1982 Kerajaan Malaysia didesak oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (yang haram dan yang halal, termasuk yang luar dan dalam). 


Kerajaan Malaysia bukan tunduk pada kumpulan pendesak atau extremist agama dan/atau politik. Kerajaan Malaysia tidak mencorak pembaharuan minda ini kerana desakan pelampau jalanan. 


(3.a.vi)Pengisytiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan Kerajaan pun telah maklumkan secara rasmi sebelum hangat dibahaskan sekarang... 30 tahun kemudian.


Mungkin ada pendekatan lama yang harus diperbaiki sejajar peredaran masa namun niat serta tumpuan Bersih, Cekap & Amanah masih boleh diterima pakai.  


Kita tidak perlu tunjuk perasaan dijalanan seperti mereka yang tidak bertamadun. 


Tamadun kita rakyat Malaysia lebih 30 tahun dihadapan mereka.




Site Meter

No comments: