Unsafe, police beat base at Chow Kit closed!
16/10/2008
KUALA LUMPUR, THURS: A police beat base at Jalan Haji Taib in the city was closed because its location was no longer suitable or safe, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.
The area was dirty, which could expose policemen on duty to infectious diseases as well as threats to their safety, he said in a written reply to Dr Lo Lo Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa).
Syed Hamid said efforts were being made by the police to find a new location nearby to build a new beat base.
In her question, Lo’ Lo’ wanted to know actions taken by the government to address vice problems, including prostitution, at Jalan Haji Taib and Chow Kit.
She also wanted to know why the police beat base at Jalan Haji Taib was closed. - Bernama.
I hope the report from Parliament is not true, and is just ANOTHER of Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar's many JOKES.
BUT if the report is true then maybe its Defence Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's turn to pop another JOKE.
Pak Lah, maybe its time for a Military Beat Base in Chow Kit since the Home Minister thinks the street smack in the centre of Kuala Lumpur is not safe ... even for the POLICE.
More details HERE.
p/s Remember that if your life is threatened in any way, you could always seek protection under Syed Hamid's ISA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Andainya polis menembak seorang awam yang dia fikir menjadi ancaman kepada diri dia, mahu kita bilang berapa banyak suara yang akan memekik menuduh polis jahat dan itu ini?
Kita boleh lihat dari dua segi. Apakah ancaman itu kerana polis takut untuk diri mereka sendiri atau kawatir terjadinya dituduh salah laku sekiranya perlu mempertahankan diri dengan menembak si pengancam?
Polis ada kode etika dimana mereka tidak boleh sembarangan mengeluarkan senjata terhadap orang awam, dan sekiranya mereka tersilap tanggapan bahawa mereka selamat tetapi sebenarnya dalam keadaan bahaya, mungkin terlambat untuk mempertahankan diri.
Sekiranya anggota polis itu mati akibat serangan yang tidak diduga, apakah Tuan akan menyara balu dan anak2 dia?
Nampaknya Tuan amat suka kalau anggota polis berada di keadaan tidak selamat. Kenapa Tuan tidak msuk polis awal2 kerana apa yang Tuan suka untuk orang lain pasti juga baik untuk diri Tuan sendiri.
Tolong siarkan komen saya, ya? Jangan pendam dan praktikkan sikap PKR yang tidak suka siar komen yang tidak selari dengan pendapat mereka.
Saudara Zahar, cuba fikirkan kembali apa yang telah saudara luahkan dalam komen saudara.
Apakah Polis harus takut akan penjenayah atau sebaliknya?
Jika takut akan bara dan api kenapa jadi ahli Bomba, kn lebih baik jika hanya menjadi kerani di Pejabat Pos atau petani di lereng bukit?
Saya amat hormati dan sanjungi pihak POLIS... terutamanya pejuang kental seperti Ketua Polis sekarang Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.
Cuba saudara ZAHAR fikirkan sejenak kritikan saya terhadap tindakan menghentikan operasi pondok Polis di Chow Kit ini.
Apakah kritikan itu terhadap anggota Polis atau keptusan pihak atasan?
Bukan-kah ianya menjadi TUGAS dan TANGGUNGJAWAB pihak POLIS Di-Raja Malaysia yang amat rakyat sanjungi untuk menjaga KESELAMATAN AWAM?
Jika Polis sendiri menyerah kalah, apakah pilihan untuk kami rakyat jelata?
Apakah kerana ancaman yang tidak dapat ditangani oleh pihak Polis ini maka pihak Tentera harus di-kerah ke ibukota kita?
Apakah nanti akan ada anggota tentera yang turut mempertikaikan keselamtan diri mereka jika di-tugaskan di Chow Kit?
Cuba renungkan!
p/s Simpati saya bukan untuk PKR, PR atau pun Anwar ... jauh lagi nak jadi ahli parti kelentong rakyat berkenaan.
Wsalam.
Apaanama itu kok minta banduan di lokap polis sepertinya diberi makanan hotel lima bintang - itu dikira logik oleh pembangkang (!!??)
Bila pondok polis dipindahkan ke tempat yang lebih strategik untuk meningkatkan keselamatan awam dan polis itu sendiri - itu tidak logik oleh pembangkang.(!!!!?????)
Lain lain hujah dan alasan adalah atas tafsiran sendiri, relevan tetapi tak perlu dilayan.
kalau polis dan menterinya mengaku takut dengan penjenayah, susahlah.
nak kata dia nak buka tempat lebih strategik, mana lebih strategik - untuk kurangkan jenayah - dari pondok di tempat banyak jenayah (pelacur, dadah, mungkin perampok lain).
kalau betul ditutup atas sebab strategik, kata saja yang itu bukan sebab 'threats to their safety'
menteri apa ini?
Tuan Apanama,
Saya hairan. Kawasan Chow Kit memang diketahui sebagai satu kawasan yang sibuk dan penuih dengan manusia yang mencari rezeki. Ada penjaja ikan, ada penjual sayur, ada gerai makanan, ada juga pejabat kerajaan. Pondok polis di kawasan itu memberi penjaja dan pengunjung keyakinan bahawa keselamatan mereka dibawah kawalanan pihak berkuasa. Jika pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan sudah tidak lagi berada di kawasan itu, keselamatan penjaja dan pengunjung mungkin terjejas. Ini boleh menyebabkan keadaan keselamatan yang tidak terkawal. Cuba kita tinjau jauh lagi. Jenayah yg menjadi-jadi ini boleh merebak dan Chow Kit akan masuk dalam peta jenayah dunia. Apa akan jadi pada ketika itu? Saya baca komen Sdra Zahar dan faham kandungannya. Namun, hakikatnya ialah pihak yang dipertanggungajwab menjaga keselamatan orang awam hendaklah berbuah demikian sebaik mungkin. Sesiapapun tidak suka melihat anggota polis cedera atau mati apabila menjalan tugas. Mereka sedar bahawa mereka berhadapan dengan risiko apabila bertugas. Anggota Polis kita diberi macam-macam latihan sebelum menjalan tugas. Namun, kita semua harus berwaspa apabila mencari rezeki di mana saja kita berada.
PAHIT MANIS
eNCIK zAHAR,
Polis dibayar gaji untuk jaga keselamatan. Banyak risiko. Macam askar. Bila perlu, kena pergi perang. Polis tak boleh lari dari tanggungajwab. Kita simpati jika polis cedera atau mati. Yang penting, kita semua bantu keluarga dia. Kerajaan ada sekim bantuan untuk polis. Kalau polis tak jaga keselamatan, gangster akan bermaharajalela dan ambilalih tugas polis. Amacam?
chow kit boy
Setahu saya sejak dulu lagi, pilihan untuk menjawat sebagai angota polis bermakna ia suatu Perkhidmatan kepada Negara atau "National Service". Memang kerja polis risiko tinggi.
Tetapi, yang hairan tu kebanyakan polis berkualiti pelik, kebanyakan mereka mahir mencari alasan sesiapa tu melangar undang-undang. Itu untuk mengalihkan tumpuan kepada pihak mengadu dan mengugutnya supaya tidak berani untuk meneruskan fail repot polis. Meraka juga mahir mencari jalan untuk "mengisi kocek". Dengan golongan pendatang baru yang bercendawan, tak hairanlah mereka giat "mencari makan" dari golongan ini.
Hari ini, polis sudah tiada maruah lagi di kalangan rakyat. Ini bukan saja dari segi persepsi tetapi ramai yang anggap mereka tak begitu releven lagi sebagai pihak yang boleh di harapkan untuk menjaga keselamatan peribadi ataupun rakyat.
Makin hari kita membaca mereka menjalankan tugas yang seolah-olah menghina rakyat biasa tetapi memihak golongan yang berada atau berkuasa. Polis tidak seharusnya menjanakan imej begini. Kalau berterusan, keselamatan dan ketenteraman negara akan tergugat kerana pihak yang berkuasa untuk menjaga keamanan itu tidak dilihat begitu serius dan boleh berkompromi demi wang.
Kita kena merawat imej polis dan buang semua angota polis yang ada titik hitam dan meningkatkan enforcement supaya bakal penjenayah lebih takut dan akan memikir panjang sedikit sebelum melakukan jenayah. Polis tidak seharusnya menakutkan rakyat jelata demi kepentingan pembesar-pembesar tetapi takut kepada penjenayah. Hanya rawatan segera dan menyeruluh saja yang boleh memulihkan mereka.
Cara si Botak kelentong saja, lebih baik tak cakap pun. Buat orang meluat saja. Yang mengancam ketenteraman negara bukan orang orang HINDRAF, Bersih dan pembangkang, cara mempertahantan jawatan lumayan merekalah yang mengancam ketenteraman. Adakah si menteri amat berkuasa itu memikirkan reaksi berita ini kepada maruah dan kuasa polis? Buat melawak saja adalah... Ada siapa yang menilaikan prestasinya sebagai menteri portfolio penting ini? Si kaki tidur yang melaksanakan "report card" pun akan undur dalam masa yang tersingkat. Itulah masaalah Malaysia, ia diuruskan oleh ramai yang tak berkelayakan!
Minta maaf. cerita panjang lebar sikit. :-)
Post a Comment